Mawarsoft Bistro 
Whatsapp (6019) 7100696 (Whatsapp Only)
admin@srcsb.com

CARA MEMASANG MAWARSOFT BISTRO MENGGUNAKAN INSTALLER

Rokman Semail0 Comments17-02-2026 10:07

Untuk menggunakan perisian Mawarsoft Bistro, anda perlu memasangnya terlebih dahulu ke komputer. Sekiranya anda hanya menggunakan satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate Basic juga perlu dipasang bersama.

Untuk memasang Mawarsoft Bistro dan Mawarsot FlitGate Basic, sila ikut langkah-langkah berikut:




Anda boleh mendapatkan fail installer Mawarsoft Bistro dengan cara memuat turun fail "Mawarsoft Bistro 10.zip" daripada laman utama produk ini. Sila tekan pautan "Mawarsoft Bistro 10 Installer".

Buka fail .zip atau pendrive yang mengandungi installer Mawarsoft Bistro, kemudian buka folder "Mawarsoft Bistro 10".

Jalankan fail "setup.exe", kemudian ikuti setiap arahan yang diberikan oleh program installer dan tunggu sehingga pemasangan selesai.

Sekiranya anda menggunakan hanya satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate perlu dipasang ke komputer yang sama. Untuk memasang Mawarsoft FlitGate anda perlu mengulang langkah dua dengan membuka folder "Mawarsot FlitGate Basic 10", kemudian jalankan fail "setup.exe" di dalamnya.

Setelah selesai memasang perisian yang dikehendaki, sila restart komputer anda. Ini bagi memastikan perisian FlitGate dijalankan. Setelah itu anda boleh mula menggunakan perisian Mawarsoft Bistro.

leave a comment