Untitled Document
Logo BizAdmin
Sistem Pengurusan Kandungan Hompej
Muat-turun | Pemasangan | | Menaik Taraf | Beli Kunci Produk
Dot
Home Laman Utama | News Berita |
bar
Untitled Document

Memindahkan Fail (File Transfer)

Mendaftar "Banner"

Mendaftar Fail Untuk Muat-turun

Mengurus Maklumat Forum

Mengurus Maklumat Blog

Mengurus Pesanan

Mendaftar Produk

  VertBar
ghbar  
DOKUMEN PDF
GrayBar
g

 
 
 
DI FACEBOOK

 
   
 
SHOUT BOX

 
IKLAN
 
Untitled Document
Penggunaan Kali Pertama

Pada masa ini anda sepatutnya telah memasang perisian BizAdmin komputer yang sesuai di dalam rangkaian dan bersedia untuk memulakan BizAdmin.


Menjalankan BizAdmin
Untuk menjalankan perisian BizAdmin, sila klik pada ikon BSIcon di atas dektop komputer anda.



 
Log Masuk ke BizAdmin

Apabila BizAdmin dijalankan, anda perlu melogin untuk mengakses data di server. Ini merupakan kaedah biasa untuk tujuan keselamatan. Login ke database perlu dilakukan melalui skrin "Log Masuk" seperti yang ditunjukkan di bawah:

Login

Skrin ini akan dipaparkan secara automatik apabila anda menjalankan BizAdmin untuk kali pertama. Terdapat beberapa parameter yang perlu dimasukkan sebelum melogin iaitu "Lokasi", "Pengenalan Diri" dan "Kata Laluan".

Sila isikan ruangan "Lokasi" dengan alamat server yang digunakan. Sekiranya anda menggunakan klien dan server di atas komputer yang sama, sila isikan "localhost" diruangan ini. Untuk kegunaan didalam intranet, anda boleh menggunakan samada "nama komputer" atau nombor ip komputer server. Jika server diakses melalui internet, ruangan ini hendaklah diisi dengan nama domain atau nombor ip server tersebut.

"Pengenalan Diri" and "Kata Laluan" adalah kunci untuk melogin. Untuk melogin kali pertama sila gunakan "Admin" sebagai pengenalan diri dan tinggalkan kosong ruangan kata laluan. Apabila semua parameter telah diisi, sila tekan butang [Log Masuk] untuk melogin.