Perisian Digital Furqan boleh didapati dalam bentuk produk yang disertakan dengan installer di kedai-kedai buku dan komputer atau melalui kedai-kedai on-line. Walau bagaimana pun anda masih boleh mencuba perisian tersebut terlebih dahulu dengan mendapatkan installer pada laman web ini. Untuk memuat-turun dan memasang perisian Digital Furqan secara on-line, sila ikut langkah-langkah pemasangan di bawah:
Installer Digital Furqan 9 - Percubaan 7 hari
File size: | 9.9 MB |
|
Download time: | 09s |
|
Hits: | 95 |
|
Berikut adalah langkah-langkah untuk memasang perisian Digital Furqan ke komputer anda:
1. Muat-turun fail "SetupDigitalFurqan9.msi" dengan menekan link "Installer Digital Furqan 9" di atas.
2. Jalankan fail tersebut apabila selesai dimuat-turun. Ikut semua arahan sehingga pemasangan Digital Furqan selesai. Ikon "Digital Furqan 9" akan dihasilkan di atas dekstop.
3. Jalankan Digital Furqan untuk pertama kali dengan mengelik ikon tersebut.
4. Apabila kotak dialog "Update Default Mushaf" di paparkan, sila pilih opsyen "Update Default Mushaf From Internet".
5. Sila ikut arahan sehingga proses mengemaskini mushaf default selesai.
6. Keluar dan jalankan semua perisian Digital Furqan.
7. Selesai.