Untitled Document
Mendaftar Aset Dan Inventori
Merekodkan Pemeriksaan Aset
Merekodkan Pelupusan Aset
Merekodkan Lelongan Aset
Merekodkan Kehilangan Aset
Modul Profil Organisasi
Modul Pengesahan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Untitled Document
Pemasangan
Anda sepatutnya telah memuat-turun perisian Government Asset Spider (GAS) dan FlitGate Basic dan telah berjaya mendapatkan fail "GovAssetSpider.zip" dan "FlitGateBasic.zip". Sekarang anda boleh memasang perisian tersebut pada komputer yang sesuai di dalam rangkaian. GAS adalah perisian klien. Ia perlu dipasang pada komputer yang hendak digunakan untuk mengakses data. GAS boleh dipasang pada lebih dari satu komputer di dalam rangkaian dan boleh dijalankan serentak.
FlitGate pula merupakan perisian pelayan yang perlu dipasang pada salah satu komputer yang telah ditentukan sebagai komputer pelayan. Komputer ini akan digunakan untuk menyimpan data dan boleh diakses oleh berbilang pengguna secara serentak tanpa berlaku pertembungan.
Untuk kegunaan pada satu komputer, anda perlu memasang GAS and FlitGate pada komputer yang sama.
|
Memasang Government Asset Spider
Untuk memasang GAS, sila ikut langkah-langkah berikut:
- Kembangkan (extract) kandungan fail "GovAssetSpider.zip" ke mana-mana direktori pada cakera keras.
- Klik berganda (double click) fail "SetupGovAssetSpider.msi", program pemasangan akan dijalankan (lihat gambar dibawah).
- Sila tekan [ Next > ] dan ikut semua arahan yang diberikan oleh "installer" sehingga selesai. Jika berjaya, ikon GAS akan dipaparkan pada desktop komputer anda.
|
Memasang FlitGate Basic
Untuk memasang FlitGate Basic, sila ikut langkah-langkah berikut:
- Kembangkan kandungan fail "FlitGateBasic.zip" ke mana-mana direktori di dalam cakera keras.
- Klik berganda (double click) fail "SetupFlitGateBasic.msi". program pemasangan akan dijalankan (lihat gambar dibawah).
- Sila tekan [ Next > ] dan ikut semua arahan yang diberikan oleh "installer" sehingga selesai. Jika berjaya, ikon FlitGate Basic akan dipaparkan pada desktop komputer anda.
Nota! Pelayan FlitGate didaftarkan ke menu "start up" Windows, jadi ia akan dijalankan secara automatik apabila komputer dihidupkan. |
|
|
|
|