Hitkr Robotics 
(609) 7607027
admin@srcsb.com

WI-FI LIVE PUNCH CLOCK

Admin0 Comments22-11-2018 04:18

Syarikat kami membangunkan perisian untuk merekod dan menganalisis kedatangan iaitu Siliconetics Time Spider dan Siliconetics Office Spider. Kami memerlukan satu alat khusus bagi membolehkan kedatangan direkodkan dan data disimpan terus ke databes. Peralatan yang sedia ada dipasaran biasanya tidak mempunyai ciri ini. Jadi kami bercadang untuk membina Punch Clock sendiri yang bersesuaian digunakan pada produk kami.

Untuk mempercepatkan proses prototaip produk ini, kami akan menggunakan Arduino dan modul-modul yang sedia ada iaitu modul RFID (RC522) dan modul wi-fi ESP8266. Alat yang akan dibina ini mampu merekodkan kedatangan menggunakan kad RFID dan berhubung dengan rangkaian melalui wi-fi untuk merekodkan data.

Projek ini adalah untuk menggabungkan modul RFID (modul RC522) dan modul Wi Fi (ESP8266) bagi membina satu alat yang boleh merekodkan kedatangan kakitangan dan menghantar data yang direkodkan terus ke databes melalui rangkaian. Projek ini akan menggunakan ESP8266 sebagai station yang akan berhubung dengan pelayan FlitGate melalui protokol TCP/IP untuk membaca dan merekodkan data.


Projek ini memerluka librari untuk modul RFID RC522 dipasang ke IDE Arduino.

1. Baud rate default untuk ESP8266 ialah 115200. Ia tidak menjadi masalah untuk komunikasi serial melalui port serial sebenar tetapi menjadi masalah apabila berkomunikasi melalui "SoftwareSerial" di mana di dalam Arduino UNO had laju maksima untuk SoftwareSerial ialah 19200. Untuk menukar baud rate ESP8266 ke 9600 secara kekal, gunakan arahan AT+CIOBAUD=9600.

1. Sekiranya anda menyambung Wi-Fi ke (Access Point) AP modul, anda boleh terus berhubung dengan modul tersebut (sebagai server) melalui IP untuk access point. Sekiranya anda menyambung module dan komputer melalui AP lain, anda perlu mengakses modul melalui IP station.



2. +IPD ialah permualan data yang diterima oleh modul melalui komunikasi dalam rangkaian.

leave a comment