MySTORE 
(609) 7607027
admin@srcsb.com

MENGURUS MAKLUMAT PENGGUNA

ROKMAN B. SEMAIL0 Comments01-02-2026 11:21

Bagi perisian yang menggunakan sistem pelayan-pelanggan (client-server) seperti kebanyakan produk Mawarsoft, ianya akan digunakan oleh lebih dari seorang pengguna. Pengguna atau "user" adalah orang-orang yang diberikan akses kepada fungsi-fungsi tertentu di dalam sistem. Setiap pengguna akan diberikan pengenalan diri atau "username" dan dilindungi dengan kata kunci (password). Setiap pengguna akan diberikan "username" yang berbeza dan unik yang bertindak sebagai pengenalan atau identiti pengguna tersebut. Username ini akan digunakan untuk melogin setiap kali mahu menggunakan sistem.

Maklumat pengguna hanya boleh dikemaskini oleh pengurus (administrator) iaitu pengguna yang memegang username "Admin". Untuk mendaftar pengguna baharu, sila ikut langkah-langkah berikut:




Untuk mendaftar pengguna baharu sila ikut langkah-langkah berikut:

1. Jalankan fungsi "CONFIGURATION->Add New User" pada aplikasi untuk membuka kotak dialog "Register A New User" seperti di atas.

2. Isikan nama pengguna yang dikehendaki di ruangan "Username".

3. Isikan kata laluan yang dikehendaki di ruangan "Password".

4. Isikan kata laluan yang sama di ruangan ""Password confirmation".

5. Tandakan (tick) kunci akses yang akan diberikan kepada pengguna ini di ruangan "User Access Keys".

6. Apabila selesai tekan butang [OK].

Anda boleh mengmaskini semula maklumat pengguna yang telah didatarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Untuk mengemaskini maklumat pengguna sila ikut langkah-langkah berikut:

1. Jalankan fungsi "CONIGURATION->User Manager". Kotak dialog seperti di atas akan dipaparkan.

2. Pilih pengguna yang hendak dikemaskini di ruangan "Registered Users.

3. Sila kemaskini sebarang maklumat berkaitan yang perlu.

4. Apabila selesai tekan butang [Close].

Untuk memadam maklumat pengguna sila ikut langkah-langkah berikut:

1. Jalankan fungsi "CONIGURATION->User Manager". Kotak dialog seperti di atas akan dipaparkan.

2. Pilih pengguna yang hendak dipadam di ruangan "Registered Users.

3. Kemudian tekan butang [Remove User...].

4. Apabila selesai tekan butang [Close].

leave a comment