Untitled Document
LogoProperty Spider
Penyelesaian Terkini Bagi Pemasaran Hartanah
Muat-turun | Pemasangan | | Naik Taraf | Beli Kunci Produk
Dot
Home Laman Utama |
bar
Untitled Document

Modul Pesanan Belian

Modul Daftar Hartanah

Modul Penyunting Peta

Modul Pemapar Peta

Modul Profil Perniagaan

Modul Profil Organisasi

  VertBar
ghbar  
DOKUMEN PDF


 
 
SHOUT BOX

 
IKLAN
 
Apa Itu Property Spider?

Box3dSiliconetics Property Spider ialah satu aplikasi Windows untuk pengurusan jualan hartanah. Ianya amat sesuai digunakan oleh pemaju-pemaju hartanah atau ejen-ejen jualan hartanah untuk mengurus perniagaan mereka. Ianya dibina khusus untuk jualan hartanah dan dilengkapi peta/pelan untuk memaparkan status jualan lot secara visual.

Property Spider adalah perisian yang menggunakan teknologi klien-server (client-server) iaitu sistem yang mengakses data melalui komunikasi di dalam rangkaian. Ianya direka untuk beroperasi di persekitaran rangkaian termasuk rangkaian setempat (Local Area Network atau intranet) dan juga rangkaian luas (Wide Area Network atau Internet). Ini bermakna Property Spider boleh digunakan oleh lebih dari satu penggunan di dalam satu sistem rangkaian untuk mengakses dan mengemaskini pengkalan data yang sama dari lokasi yang berlainan secara serentak tanpa berlaku pertembungan.

Sebagai satu aplikasi desktop, Property Spider dijalankan secara langsung di atas API Windows. Ini berbeza dengan aplikasi berasaskan hompej yang dikawal oleh satu lapisan API yang lain seperti JAVA, flash dan sebagainya. Ini juga bermakna Property Spider mampu beroperasi dengan prestasi yang maksima bagi membolehkan syarikat anda menyediakan perkhidmatan yang cekap dan pantas untuk pelanggan.

Bagaimana Property Spider Membantu Perniagaan Anda?

Masalah utama perjualan hartanah ialah untuk memastikan status sebenar lot-lot yang dijual samada "Bebas (free)", "Dipesan", "Dalam proses", "Telah diluluskan", "Ditendang (rejected)" atau "Dibatalkan". Cara yang lazim digunakan ialah dengan mewarna petak-petak lot di atas peta tapak (site map) supaya senang dirujuk. Tetapi disebabkan status yang sering berubah-ubah menjadikan proses mewarna secara manual tidak begitu praktikal dan lebih memenatkan apabila terpaksa diulang warna secara keseluruhan.

Masalah ini menjadi fokus utama yang digunakan untuk membangunkan Property Spider, di mana sistem ini memaparkan lot-lot hartanah dalam bentuk paparan visual (peta) dan diwarnakan secara automatik mengikut status semasa lot-lot tersebut. Peta-peta yang terlibat boleh dibina di dalam sistem melalui penyunting khas yang disediakan.

Selain itu Property Spider juga dilengkapi berbagai fungsi lain untuk memudahkan pengurusan pesanan lot dan memastikan dokumen berada di dalam keadaan terurus dan lengkap serta boleh dirujuk dengan mudah apabila diperlukan.


Lagi ciri-ciri tambahan (Add-on) yang membantu perniagaan anda:
1. Create an e-commerce homepage with the same working data.
2. Linking to a digital dashboard for instant status display.


Apa Itu Versi Penilaian?

Versi Penilaian ialah Versi Penuh yang belum diaktifkan. Properti Spider berfungsi dengan keupayaan penuh dalam masa 30 hari selepas kali pertama ia dijalankan. Ini adalah apa yang kami namakan sebagai "Tempoh Penialaian". Tujuannya adalah bagi membolehkan pengguna mencuba dan meneliti perisian ini terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Apabila tempoh penilaian tamat, beberapa fungsi pada Property Spider akan dihentikan. Walau bagaiamana pun semua data yang telah dimasukkan tidak terganggu dan boleh digunakan seperti biasa. Untuk mengembalikan semula fungsi penuh Propery Spider, ia perlu diaktifkan menggunakan Kunci Produk.



Bagaimana Untuk Mendapatkan Kunci Produk?

Kunci Produk boleh dibeli secara terus di website ini menggunakan PayPal. Sila klik pautan ini untuk membeli Kunci Produk menggunakan PayPal. Anda juga boleh membeli kunci produk melalui kedai online kami di www.srcshack.com.

SR.Com
©2008-2013 Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd. (748757 V)