
Perisian Mawarsoft Q yang baru dipasang akan dijalankan dalam mod penilaian selama 30 hari dari hari pertama ia digunakan. Dalam tempoh tersebut, Mawarsoft Q akan berfungsi dengan fungsi penuh. Apabila tempoh penilaian tamat, sebahagian daripada fungsi akan dilumpuhkan dengan berbagai cara, misalnya pada Q Screen satu sepanduk notis (notice banner) akan dipaparkan di atas skrin.
Untuk mendapatkan kembali fungsi penuh, perisian Mawarsoft Q perlu diaktifkan menggunakan Kunci Produk (Product Key). Bagi perisian Mawarsoft Q, ianya terdiri dari beberapa komponen yang berasingan. Setiap komponen akan memerlukan kunci produk yang berlainan.
Kunci Produk perlu dibeli. Untuk membelinya anda boleh menghubungi (whatsapp) ke nombor yang tertera di laman utama untuk pembelian. Produk Key juga boleh di beli di Shopee. Setelah mendapatkan Produk Key, sila ikut langkah-langkah dibawah untuk mengaktifkan komponen perisian Mawarsoft Q. Di sini komponen Mawarsoft Q Screen akan digunakan sebagai contoh.

Apabila anda menjalankan perisian Mawarsoft Q Screen yang belum diaktifkan, kotak dialog seperti di atas akan dipaparkan. Pilih opsyen "I have product key and want to...", kemudian tekan butang [Next].

Masukkan kunci produk di ruangan yang disediakan. Kemudian pilih opsyen "I am on-line and ready to activate", kemudian tekan butang [Next].

Masukkan maklumat pengguna yang diperlukan. Maklumat ini tidak diwajibkan tetapi penting untuk menjejak kembali kunci produk jika timbul sebarang masalah di masa akan datang. Apabila selesai tekan [Next].

Apabila kotak dialog seperti di atas dipaparkan, anda hanya perlu menekan [Next], kemudian tunggu proses pengaktifan dilakukan oleh sistem.

Apabila pengaktifan berjaya, kotak dialog seperti di atas akan dipaparkan. Sekarang anda boleh menggunakan perisian Mawarsoft Q Screen dengan fungsi penuh.
leave a comment