
Apabila selesai pemasangan dan menjalankan satu komponen perisian Mawarsoft Q, misalnya Mawarsoft Q Screen untuk kali pertama, anda perlu mengelog masuk ke pangkalan data. Untuk mengelog masuk, anda perlu mempunyai lokasi pangkalan data, username dan kata laluan.
Bagi pengguna yang mengelog masuk ke pangkalan data untuk kali pertama dan dengan andaian menggunakan perisian server FlitGate yang dipasang pada komputer yang sama, maklumat log masuk adalah seperti berikut:
Location: localhost
Username: Admin
Password: (tinggalkan kosong)
Sila tanda (tick) opsyen "Auto log in on startup" supaya log masuk dilakukan secara automatik apabila Q Screen dijalankan semula.
Bagi komponen Q Screen biasanya perisian FlitGate dipasang bersama ke komputer yang digunakan dan komputer tersebut akan dijadikan komputer server. Lokasi "localhost" hanya terpakai untuk komponen Q Screen. Untuk komponen-komponen lain yang mengakses data dari komputer lain, lokasi yang akan digunakan adalah nama komputer atau nombor IP komputer server (komputer yang dipasang dengan perisian FlitGate dalam rangkaian yang sama).
leave a comment