Mawarsoft Q (QMS) 
Whatsapp (6019) 7100696 (Whatsapp Only)
admin@srcsb.com

CARA MEMASANG MAWARSOFT Q SCREEN MELALUI GO-UPDATE

ROKMAN B. SEMAIL0 Comments17-02-2026 10:07

Sistem Mawarsot Q terdiri dari beberapa komponen dan setiap komponen perlu dipasang secara berasingan. Di sini diterangkan cara pemasangan untuk salah satu dari komponen Mawarsoft Q iaitu Q Screen. Komputer yang digunakan untuk Q Screen biasanya juga dijadikan server dan dipasang dengan perisian FlitGate.

Pemasangan Mawarsoft Q Screen biasanya dilakukan menggunakan installer. Walau bagaimana pun terdapat cara lain untuk memasang Mawarsoft Q Screen ke komputer anda iaitu melalu perisian GoUpdate. Pemasangan melalui cara ini memberi kelebihan mudah diupdate apabila terdapat penambahbaikan.

Pemasangan dengan kaedah ini memerlukan komputer anda online dan boleh mengakses internet. Untuk memasangan perisian Mawarsoft Q Screen dan FlitGate Basic (program server) ke komputer anda, sila ikut langkah-langkah berikut:




Lawati laman sesawang "http://www.srcsb.com/GoUpdate/", kemudian klik pautan "Click here to run Go Update". Apabila selesai, fail GoUpdate.exe akan dimuat-turun dan disimpan di folder "Download".

Menggunakan "File Explorer", buka folder "Download" dan jalankan program "GoUpdate.exe".

Apabila GoUpdate dijalankan, kotak dialog seperti di atas akan dipaparkan. Masukkan kod "MQSC" kemudian tekan butang [Start Update]. Tunggu sehingga pemasangan selesai.

Untuk memasang perisian server Mawarsoft FlitGate Basic, jalankan perisian GoUpdate sekali lagi. Kali ini masukkan kod "MFGB". Tekan [Start Update] dan tunggu sehingga pemasangan selesai.

Restart komputer anda. Tujuan restart adalah bagi memastikan server FlitGate dijalankan. Perisian ini dijalankan secara automatik apabila komputer di restart.

Sekarang anda boleh mula menggunakan perisian Mawarsoft Q Screen. Untuk menjalankan Mawarsoft Q Screen anda hanya perlu menekan ikon Mawarsoft Q Screen 10 di atas desktop.

leave a comment