Mawarsoft Q (QMS) 
Whatsapp (6019) 7100696 (Whatsapp Only)
admin@srcsb.com

CARA MEMASANG MAWARSOFT Q SCREEN MENGGUNAKAN INSTALLER

ROKMAN B. SEMAIL0 Comments17-02-2026 10:07

Untuk menggunakan perisian Mawarsoft Q Screen, anda perlu memasangnya terlebih dahulu ke komputer. Biasanya komputer yang dipasang Q Screen akan digunakan juga sebagai server, ini bermakna perisian server Mawarsoft FlitGate Basic juga akan dipasang bersama.

Untuk memasang Mawarsoft Q Screen dan Mawarsot FlitGate Basic, sila ikut langkah-langkah berikut:




Anda boleh mendapatkan fail installer Mawarsoft Q Screen dengan cara memuat turun fail "Mawarsoft Q 10.zip" daripada laman utama produk ini. Sila tekan pautan "Mawarsoft Q 10 Installer".

Buka fail .zip atau pendrive yang mengandungi installer Mawarsoft Q, kemudian buka folder "Mawarsoft Q Screen 10".

Jalankan fail "setup.exe", kemudian ikuti setiap arahan yang diberikan oleh program installer dan tunggu sehingga pemasangan selesai.

Sekiranya komputer yang sama dijadikan server, perisian server Mawarsoft FlitGate juga perlu dipasang ke komputer tersebut. Untuk memasang Mawarsoft FlitGate anda perlu mengulang langkah dua dengan membuka folder "Mawarsot FlitGate Basic 10", kemudian jalankan fail "setup.exe" di dalamnya.

Setelah selesai memasang perisian yang dikehendaki, sila restart komputer anda. Ini bagi memastikan perisian FlitGate dijalankan. Setelah itu anda boleh mula menggunakan perisian Mawarsoft Q Screen.

leave a comment