Pengguna atau "user" adalah mereka-mereka yang akan menggunakan sistem di mana mereka akan diberikan akses kepada fungsi-fungsi tertentu di dalam sistem. Setiap penggunakan akan diberikan kunci akses melalui "username" dan dilindungi dengan kata kunci (password). Setiap pengguna akan diberikan "username" yang berbeza dan unik yang bertindak sebagai pengenalan atau identiti pengguna tersebut. Username ini akan digunakan untuk melogin setiap kali mahu menggunakan sistem.
Maklumat pengguna hanya boleh dikemaskini oleh pengurus (administrator) iaitu pengguna yang memegang username "Admin".
Siliconetics "Go Update" adalah pemasang sehenti atau updater untuk semua aplikasi yang dihasilkan oleh Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd. Anda hanya perlu memuat turun dan menjalankan Go Update dan memberikan kod update untuk produk yang diperlukan, maka ia akan dipasang secara automatik.
Ciri baru diperkenalkan pada "Billing Spider" versi 3.18.00 membolehkan gambar produk dipaparkan di atas bil. Ini dapat membantu memberikan gambaran yang lebih jelas tetang produk yang dibekalkan kepada pelanggan. Gambar-gambar produk boleh dipaparkan di atas bil-bil Sebutharga, Penyata Serahan dan Invois.