
Apabila selesai pemasangan dan menjalankan perisian Mawarsoft Accounting untuk kali pertama, anda perlu mengelog masuk ke pangkalan data. Untuk mengelog masuk, anda perlu mempunyai lokasi pangkalan data, username dan kata laluan. Bagi pengguna yang mengelog masuk ke pangkalan data untuk kali pertama dan dengan andaian menggunakan perisian server FlitGate yang dipasang pada komputer yang sama, maklumat log masuk adalah seperti berikut:
Location: localhost
Username: Admin
Password: (tinggalkan kosong)

Pemasangan Mawarsoft Accounting biasanya dilakukan menggunakan installer. Walau bagaimana pun terdapat cara lain untuk memasang Mawarsoft Accounting ke komputer anda iaitu melalu perisian GoUpdate. Pemasangan melalui cara ini memberi kelebihan mudah diupdate apabila terdapat penambahbaikan.
Pemasangan dengan kaedah ini memerlukan komputer anda online dan boleh mengakses internet. Untuk memasangan perisian Mawarsoft Accounting dan FlitGate Basic (program server) ke komputer anda, sila ikut langkah-langkah berikut:
Nota! Memasang Mawarsoft Accounting dan FlitGate ke komputer yang sama membolehkan komputer tersebut digunakan secara bersendirian (stand alone).

Untuk menggunakan perisian Mawarsoft Accounting, anda perlu memasangnya terlebih dahulu ke komputer. Sekiranya anda hanya menggunakan satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate Basic juga perlu dipasang ke komputer tersebut.
Untuk memasang Mawarsoft Accounting dan Mawarsot FlitGate Basic, sila ikut langkah-langkah berikut: