
Untuk menggunakan perisian Mawarsoft Accounting, anda perlu memasangnya terlebih dahulu ke komputer. Sekiranya anda hanya menggunakan satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate Basic juga perlu dipasang ke komputer tersebut.
Untuk memasang Mawarsoft Accounting dan Mawarsot FlitGate Basic, sila ikut langkah-langkah berikut:

Anda boleh mendapatkan fail installer Mawarsoft Accounting dengan cara memuat turun fail "Mawarsoft Accounting 10.zip" daripada laman utama produk ini.

Buka fail .zip atau pendrive yang mengandungi installer Mawarsoft Accounting, kemudian buka folder "Mawarsoft Accounting 10".

Jalankan fail "setup.exe", kemudian ikuti setiap arahan yang diberikan oleh program installer dan tunggu sehingga pemasangan selesai.

Sekiranya anda menggunakan hanya satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate perlu dipasang ke komputer yang sama. Untuk memasang Mawarsoft FlitGate anda perlu mengulang langkah dua dengan membuka folder "Mawarsot FlitGate Basic 10", kemudian jalankan fail "setup.exe" di dalamnya.
Setelah selesai memasang perisian yang dikehendaki, sila restart komputer anda. Ini bagi memastikan perisian FlitGate dijalankan. Setelah itu anda boleh mula menggunakan perisian Mawarsoft Trade.
leave a comment