Apa Itu Library Spider?
Penggunaan mata ganjaran adalah satu kaedah yang agak popular untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan. Perlaksanaannya biasa dilakukan dalam bentuk kad kesetiaan (loyalty card) dimana ahli akan didaftarkan dan kad ahli akan diberikan untuk simpanan. Kad ini perlu dikemukakan semasa membuat pembelian. Setiap pembelian akan diberikan hadiah dalam bentuk mata ganjaran yang direkodkan terus ke databes ahli tersebut. Mata ganjaran ini boleh dikumpul dan kemudiannya ditebus dengan hadiah-hadiah tertentu mengikut jumlah mata yang telah terkumpul.
Siliconetics Reward Spider ialah satu perisian komputer yang dibangunkan khusus untuk membantu memudahkan perlaksanaan sistem ganjaran ini. Ia merupakan satu sistem pengkalan data yang menyimpan dan memproses maklumat-maklumat berkaitan sistem ganjaran merangkumi pengurusan ahli, pengurusan hadiah tebusan, pengurusan mata ganjaran dan lain-lain data berkaitan. Dengan menggunakan Reward Spider, segala maklumat akan direkod dengan teratur dan lengkap menjadikan pengurusan sistem ganjaran anda mudah dan cekap.