
Untuk menggunakan perisian Mawarsoft School Financial, anda perlu memasangnya terlebih dahulu ke komputer. Sekiranya anda hanya menggunakan satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate Basic juga perlu dipasang bersama.
Untuk memasang Mawarsoft School Financial dan Mawarsot FlitGate Basic, sila ikut langkah-langkah berikut:

Pemasangan Mawarsoft School Financial biasanya dilakukan menggunakan installer. Walau bagaimana pun terdapat cara lain untuk memasang Mawarsoft School Financial ke komputer anda iaitu melalu perisian GoUpdate. Pemasangan melalui cara ini memberi kelebihan mudah diupdate apabila terdapat penambahbaikan.
Pemasangan dengan kaedah ini memerlukan komputer anda online dan boleh mengakses internet. Untuk memasangan perisian Mawarsoft School Financial dan FlitGate Basic (program server) ke komputer anda, sila ikut langkah-langkah berikut:
Nota! Memasang Mawarsoft School Financial dan FlitGate ke komputer yang sama membolehkan komputer tersebut digunakan secara bersendirian (stand alone).

Perisian Mawarsoft School Financial yang baru dipasang akan dijalankan dalam mod penilaian selama 30 hari dari hari pertama ia digunakan. Dalam tempoh tersebut, Mawarsoft School Financial akan berfungsi dengan fungsi penuh. Apabila tempoh penilaian tamat, sebahagian fungsi akan dilumpuhkan. Untuk mendapatkan semula fungsi penuh, perisian Mawarsoft School Financial perlu diaktifkan menggunakan Kunci Produk (Product Key).
Kunci Produk perlu dibeli. Untuk membelinya anda boleh menghubungi (whatsapp) ke nombor yang tertera di laman utama untuk pembelian. Produk Key juga boleh di beli di Shopee. Setelah mendapatkan Produk Key, sila ikut langkah-langkah berikut untuk mengaktifkan perisian MawarsoftSchool Financial:

Apabila selesai pemasangan dan menjalankan perisian Mawarsoft School Financial untuk kali pertama, anda perlu mengelog masuk ke pangkalan data. Untuk mengelog masuk, anda perlu mempunyai lokasi pangkalan data, username dan kata laluan. Bagi pengguna yang mengelog masuk ke pangkalan data untuk kali pertama dan dengan andaian menggunakan perisian server FlitGate yang dipasang pada komputer yang sama, maklumat log masuk adalah seperti berikut: