
Untuk menggunakan perisian Mawarsoft School Financial, anda perlu memasangnya terlebih dahulu ke komputer. Sekiranya anda hanya menggunakan satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate Basic juga perlu dipasang bersama.
Untuk memasang Mawarsoft School Financial dan Mawarsot FlitGate Basic, sila ikut langkah-langkah berikut:

Anda boleh mendapatkan fail installer Mawarsoft School Financial dengan cara memuat turun fail "Mawarsoft School Financial 10.zip" daripada laman utama produk ini. Sila tekan pautan "Mawarsoft School Financial 10 Installer".
Anda juga boleh mendapatkan installer dengan membeli kunci produk bersama pendrive berbentuk kad kredit di Shopee.

Buka fail .zip atau pendrive yang mengandungi installer Mawarsoft School Financial, kemudian buka folder "Mawarsoft School Financial 10".

Jalankan fail "setup.exe", kemudian ikuti setiap arahan yang diberikan oleh program installer dan tunggu sehingga pemasangan selesai.

Sekiranya anda menggunakan hanya satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate perlu dipasang bersama. Untuk memasang Mawarsoft FlitGate anda perlu mengulang langkah dua dengan membuka folder "Mawarsot FlitGate Basic 10", kemudian jalankan fail "setup.exe" di dalamnya.
Setelah selesai memasang perisian yang dikehendaki, sila restart komputer anda. Ini bagi memastikan perisian FlitGate dijalankan. Setelah itu anda boleh mula menggunakan perisian Mawarsoft School Financial.
leave a comment