Untitled Document
LogoGovernment Asset Spider (GAS)
Sistem Pengurusan Aset Kerajaan Berkomputer
Muat-turun | Pemasangan | | Menaik Taraf | Beli Kunci Produk
Dot
Home Laman Utama | News Berita |
bar
Untitled Document

Mendaftar Aset Dan Inventori

Merekodkan Pemeriksaan Aset

Merekodkan Pelupusan Aset

Merekodkan Lelongan Aset

Merekodkan Kehilangan Aset

Modul Profil Organisasi

Modul Pengesahan

  VertBar
ghbar  
DOKUMEN PDF
g
g

 
 
 
DI FACEBOOK

 
   
 
SHOUT BOX

 
IKLAN
 
Apa Itu Government Asset Spider (GAS)?

Box3dSiliconetics Government Asset Spider atau GAS ialah satu perisian komputer untuk pengurusan aset yang direka berpandukan sistem pengurusan aset yang diguna pakai oleh Kerajaan Malaysia. Ianya merupakan sistem pengurusan aset kerajaan versi berkomputer.

GAS adalah perisian yang menggunakan teknologi klien-server (client-server) iaitu sistem yang mengakses data melalui komunikasi di dalam rangkaian. Ianya direka untuk beroperasi di persekitaran rangkaian termasuk rangkaian setempat (Local Area Network atau intranet) dan juga rangkaian luas (Wide Area Network atau Internet). Ini bermakna GAS boleh digunakan oleh lebih dari satu penggunan di dalam satu sistem rangkaian untuk mengakses dan mengemaskini pengkalan data yang sama dari lokasi yang berlainan secara serentak tanpa berlaku pertembungan.

Sebagai satu aplikasi desktop, GAS dijalankan secara langsung di atas API Windows. Ini berbeza dengan aplikasi berasaskan hompej yang dikawal oleh satu lapisan API yang lain seperti JAVA, flash dan sebagainya. Ini juga bermakna Property Spider mampu beroperasi dengan prestasi dan kecekapan yang maksima.

Bagaimana GAS Membantu?

GAS masih mengekalkan semua instrument yang digunakan di dalam pengurusan aset kerajaan secara manual. Penggunaan borang KEW.PA disokong sepenuhnya dan semua format asal dikekalkan. Bezanya ialah dengan menggunakan GAS semua rekod yang diperlukan dimasukkan terus ke komputer melalui borang-borang khas yang disediakan. Salinan bercetak (hardcopy) boleh dihasilkan kemudian jika perlu. Dengan ini semua maklumat berkaitan aset akan berada di dalam databes dan boleh dirujuk dan dianalisa pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Sesetengah format KEW.PA, misalnya KEW.PA-4 (Senarai Daftar Harta Modal) tidak perlu lagi disediakan sebaliknya ia hanya perlu dicetak sahaja daripada sistem GAS sebagai dokumen output jika perlu. Banyak kerja-kerja yang rumit untuk dilakukan secara manual dan biasanya mengambil masa yang lama untuk disiapkan boleh diambil alih oleh GAS. Sebagai contoh, penghasilan Laporan Suku Tahunan memerlukan kerja-kerja pengiraan yang rumit mungkin mengambil masa berminggu untuk disiapkan walaupun dengan bantuan komputer seperti penggunaan lembaran kerja (spreadsheet). Dengan menggunakan GAS laporan ini dapat disiapkan dalam masa beberapa saat sahaja.

Selain itu, keupayaan sistem GAS beroperasi di dalam rangkaian membolehkan pendaftaran aset dan inventori dan lain-lain kerja yang berkaitan boleh dilakukan dari unit-unit yang terlibat. Ini membolehkan aset dan inventori yang diterima oleh unit-unit di daftarkan terus ke pangkalan data oleh unit tersebut. Selain mengurangkan beban tugas di Unit Aset, ini juga mampu memastikan aset-aset yang diterima dapat didaftarkan dengan segera dan lengkap.


Lagi ciri-ciri tambahan (Add-on) yang membantu perniagaan anda:
1. Create an e-commerce homepage with the same working data.
2. Linking to a digital dashboard for instant status display.


Apa Itu Versi Penilaian?

Versi Penilaian ialah Versi Penuh yang belum diaktifkan. GAS berfungsi dengan keupayaan penuh dalam masa 30 hari selepas kali pertama ia dijalankan. Ini adalah apa yang kami namakan sebagai "Tempoh Penilaian". Tujuannya adalah bagi membolehkan pengguna mencuba dan meneliti perisian ini terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Apabila tempoh penilaian tamat, beberapa fungsi pada GAS akan dihentikan. Walau bagaiamana pun semua data yang telah dimasukkan tidak terganggu dan boleh digunakan seperti biasa. Untuk mengembalikan semula fungsi penuh GAS, ia perlu diaktifkan menggunakan Kunci Produk.



Bagaimana Untuk Mendapatkan Kunci Produk?

Kunci Produk boleh dibeli secara terus di website ini menggunakan PayPal. Sila klik pautan ini untuk membeli Kunci Produk menggunakan PayPal. Anda juga boleh membeli kunci produk melalui kedai online kami di www.srcshack.com.

SR.Com
©2008-2013 Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd. (748757 V)