
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan sistem E-Invois yang mewajibkan perniagaan dengan jualan tahunan RM500,000 dan ke atas untuk menyerahkan salinan invois-invois ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara on-line.
Para peniaga boleh membuat penyerahan invois secara manual melalui portal E-Invois. Di sini semua maklumat pelanggan, maklmat bil dan item-item perlu dimasukkan satu-persatu. Ini adalah satu tugas yang amat rumit di samping peniaga tersebut mungkin di denda jika terdapat kesilapan atau maklumat yang dimasukkan tidak sama seperti bil sebenar.
Bagi pengguna peerisian Mawarsoft yang melibatkan pengeluaran bil kepada pelanggan seperti Mawarsoft Service, Mawarsoft Workshop, Mawarsoft Hotel, Mawarsoft Clinic, Mawarsoft Bistro, Mawarsoft Sales dan Mawarsoft Trade, intergrasi dengan sistem E-Invois telah disediakan melalui sistem. Sistem-sistem ini menyediakan fasiliti bagi membolehkan bil-bil yang dikeluarkan di serahkan ke sistem E-Invois dengan hanya satu klik.
leave a comment