SRCSB.COM 
Whatsapp (6019) 7100696 (Whatsapp Only)
admin@srcsb.com

MENDAPATKAN "CLIENT ID" UNTUK E-INVOIS

ROKMAN B. SEMAIL0 Comments13-02-2026 10:07

Untuk melakukan konfigurasi persediaan untuk menggunakan fungsi E-Invoice anda memerlukan maklumat "Client ID" dan "Client Secret". Maklumat ini boleh diperolehi dari laman sesawang E-Invoice LHDN semasa proses pendaftaran aplikasi ERP (Enterprise Resource Planning). Proses ini perlu dilakukan sendiri oleh pengguna sistem kerana ia melibatkan proses log masuk ke sistem E-Invois LHDN menggunakan username dan password yang dimiliki.

read more

MENGURUS MAKLUMAT PENGGUNA

ROKMAN B. SEMAIL0 Comments01-02-2026 11:21

Bagi perisian yang menggunakan sistem pelayan-pelanggan (client-server) seperti kebanyakan produk Mawarsoft, ianya akan digunakan oleh lebih dari seorang pengguna. Pengguna atau "user" adalah orang-orang yang diberikan akses kepada fungsi-fungsi tertentu di dalam sistem. Setiap pengguna akan diberikan pengenalan diri atau "username" dan dilindungi dengan kata kunci (password). Setiap pengguna akan diberikan "username" yang berbeza dan unik yang bertindak sebagai pengenalan atau identiti pengguna tersebut. Username ini akan digunakan untuk melogin setiap kali mahu menggunakan sistem.

Maklumat pengguna hanya boleh dikemaskini oleh pengurus (administrator) iaitu pengguna yang memegang username "Admin". Untuk mendaftar pengguna baharu, sila ikut langkah-langkah berikut:

read more