Mawarsoft Sales 
Whatsapp (6019) 7100696 (Whatsapp Only)
admin@srcsb.com

MENGAKTIFKAN PRODUK

0 Comments17-02-2026 12:00

Perisian Mawarsoft Sales yang baru dipasang akan dijalankan dalam mod penilaian dalam tempoh 30 hari dari hari pertama ia digunakan. Dalam tempoh penilaian, Mawarsoft Sales akan berfungsi dengan fungsi penuh. Apabila tempoh penilaian tamat, sebahagian fungsi akan dilumpuhkan. Untuk mendapatkan semula fungsi penuh, perisian Mawarsoft Sales perlu diaktifkan menggunakan Kunci Produk (Product Key).

Kunci Produk perlu dibeli. Untuk membelinya anda boleh menghubungi (whatsapp) ke nombor yang tertera di laman utama untuk pembelian. Produk Key juga boleh di beli di Shopee. Setelah mendapatkan Produk Key, sila ikut langkah-langkah berikut untuk mengaktifkan perisian Mawarsoft Sales:




Apabila anda menjalankan perisian Mawarsoft Sales yang belum diaktifkan, kotak dialog seperti di atas akan dipaparkan. Pilih opsyen "I have product key and want to...", kemudian tekan butang [Next].

Masukkan kunci produk di ruangan yang disediakan. Kemudian pilih opsyen "I am on-line and ready to activate", kemudian tekan butang [Next].

Masukkan maklumat pengguna yang diperlukan. Maklumat ini tidak diwajibkan tetapi penting untuk menjejak kembali kunci produk jika timbul sebarang masalah di masa akan datang. Apabila selesai tekan [Next].

Apabila kotak dialog seperti di atas dipaparkan, anda hanya perlu menekan [Next], kemudian tunggu proses pengaktifan dilakukan oleh sistem.

Apabila pengaktifan berjaya, kotak dialog seperti di atas akan dipaparkan. Sekarang anda boleh menggunakan perisian Mawarsoft Sales dengan fungsi penuh.

leave a comment