Mawarsoft Sales 
Whatsapp (6019) 7100696 (Whatsapp Only)
admin@srcsb.com

CARA MEMASANG PAPARAN PELANGGAN MULTIMEDIA

Rokman Semail0 Comments17-02-2026 10:07

Paparan Pelanggan (Customer Display) ialah skrin kedua yang dipasang menghadap kepada pelanggan. Fungsi utama skrin ini adalah untuk memapar maklumat transaksi secara langsung kepada pelanggan.

Paparan pelanggan yang biasa digunakan adalah dalam bentuk skrin berlengan (pole display) yang memaparkan maklumat mengggunakan karakter ASCII.




Anda boleh mendapatkan fail installer melalui dua cara iaitu:

1. Memuat turun fail "Mawarsoft Sales 10.zip" daripada laman utama produk ini.

2. Membeli kunci produk. Sekiranya anda membeli kunci produk, anda akan mendapat kunci produk dan fail installer di dalam pendrive berbentuk kad kredit.

Buka fail .zip atau pendrive yang mengandungi installer Mawarsoft Sales, kemudian buka folder "Mawarsoft Sales 10".

Jalankan fail "setup.exe", kemudian ikuti setiap arahan yang diberikan oleh program installer dan tunggu sehingga pemasangan selesai.

Sekiranya anda menggunakan hanya satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate perlu dipasang ke komputer yang sama. Untuk memasang Mawarsoft FlitGate anda perlu mengulang langkah 2 dengan membuka folder "Mawarsot FlitGate Basic 10", kemudian jalankan fail "setup.exe" di dalamnya.

Setelah selesai memasang perisian yang dikehendaki, sila restart komputer anda. Ini bagi memastikan perisian FlitGate dijalankan. Setelah itu anda boleh mula menggunakan perisian Mawarsoft Sales.

leave a comment