
Perisian Mawarsoft Trade yang baru dipasang akan dijalankan dalam mod penilaian dalam tempoh 30 hari dari hari pertama ia digunakan. Dalam tempoh penilaian, Mawarsoft Trade akan berfungsi dengan fungsi penuh. Apabila tempoh penilaian tamat, sebahagian fungsi akan dilumpuhkan. Untuk mendapatkan semula fungsi penuh, perisian Mawarsoft Trade perlu diaktifkan menggunakan Kunci Produk (Product Key).
Kunci Produk perlu dibeli. Untuk membelinya anda boleh menghubungi (whatsapp) ke nombor yang tertera di laman utama untuk pembelian. Produk Key juga boleh di beli di Shopee. Setelah mendapatkan Produk Key, sila ikut langkah-langkah berikut untuk mengaktifkan perisian Mawarsoft Trade:

Apabila selesai pemasangan dan menjalankan perisian Mawarsoft Trade untuk kali pertama, anda perlu mengelog masuk ke pangkalan data. Untuk mengelog masuk, anda perlu mempunyai lokasi pangkalan data, username dan kata laluan. Bagi pengguna yang mengelog masuk ke pangkalan data untuk kali pertama dan dengan andaian menggunakan perisian server FlitGate yang dipasang pada komputer yang sama, maklumat log masuk adalah seperti berikut:
Location: localhost
Username: Admin
Password: (tinggalkan kosong)

Untuk menggunakan perisian Mawarsoft Trade, anda perlu memasangnya terlebih dahulu ke komputer. Sekiranya anda hanya menggunakan satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate Basic juga perlu dipasang ke komputer tersebut.
Untuk memasang Mawarsoft Trade dan Mawarsot FlitGate Basic, sila ikut langkah-langkah berikut:

Ini adalah cara untuk membuat pelarasan stok terutamanya yang melibatkan penambahan atau pengurangan stok yang bukan dari transaksi, misalnya stok yang hilang atau rosak. Bagi perubahan stok yang melibatkan transaksi, biasanya entri pelarasan stok akan direkodkan oleh sistem secara automatik semasa transaksi berlaku.
read more
Pelanggan tetap atau yang berurusan secara kredit perlu didaftar ke dalam sistem. Ini bagi membolehkan maklumat transaksi mereka dijejaki. Tutorial ini akan menunjukan cara untuk mendaftar pelanggan ke sistem. Sila ikut langkah-langkah berikut:
read more
Setelah memasukkan maklumat produk jualan dan memasukkan gambar ke produk tersebut, tutorial kali ini adalah bagaimana untuk mencetak barcode label untuk ditampal pada produk jualan.
read more
Produk jualan perlu didaftarkan terlebih dahulu sebelum ia boleh dimasukkan sebagai item di dalam bil. Pendaftaran ini dilakukan sekali sahaja bagi setiap produk. Ianya melibatkan maklumat tentang produk seperti kod bar, nama produk, harga dan sebagainya. Untuk mendaftar produk, sila ikut langkah-langkah berikut:

Pemasangan Mawarsoft Trade biasanya dilakukan menggunakan installer. Walau bagaimana pun terdapat cara lain untuk memasang Mawarsoft Trade ke komputer anda iaitu melalu perisian GoUpdate. Pemasangan melalui cara ini memberi kelebihan mudah diupdate apabila terdapat penambahbaikan.
Pemasangan dengan kaedah ini memerlukan komputer anda online dan boleh mengakses internet. Untuk memasangan perisian Mawarsoft Trader dan FlitGate Basic (program server) ke komputer anda, sila ikut langkah-langkah berikut:
Nota! Memasang Mawarsoft Trade dan FlitGate ke komputer yang sama membolehkan komputer tersebut digunakan secara bersendirian (stand alone).

Bagi perisian yang menggunakan sistem pelayan-pelanggan (client-server) seperti kebanyakan produk Mawarsoft, ianya akan digunakan oleh lebih dari seorang pengguna. Pengguna atau "user" adalah orang-orang yang diberikan akses kepada fungsi-fungsi tertentu di dalam sistem. Setiap pengguna akan diberikan pengenalan diri atau "username" dan dilindungi dengan kata kunci (password). Setiap pengguna akan diberikan "username" yang berbeza dan unik yang bertindak sebagai pengenalan atau identiti pengguna tersebut. Username ini akan digunakan untuk melogin setiap kali mahu menggunakan sistem.
Maklumat pengguna hanya boleh dikemaskini oleh pengurus (administrator) iaitu pengguna yang memegang username "Admin". Untuk mendaftar pengguna baharu, sila ikut langkah-langkah berikut: