Mawarsoft Trade 
Whatsapp (6019) 7100696 (Whatsapp Only)
admin@srcsb.com

CARA MEMASANG MAWARSOFT TRADE MENGGUNAKAN INSTALLER

Rokman Semail0 Comments17-02-2026 10:07

Untuk menggunakan perisian Mawarsoft Trade, anda perlu memasangnya terlebih dahulu ke komputer. Sekiranya anda hanya menggunakan satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate Basic juga perlu dipasang ke komputer tersebut.

Untuk memasang Mawarsoft Trade dan Mawarsot FlitGate Basic, sila ikut langkah-langkah berikut:




Anda boleh mendapatkan fail installer melalui dua cara iaitu:

1. Memuat turun fail "Mawarsoft Trade 10.zip" daripada laman utama produk ini.

2. Membeli kunci produk. Sekiranya anda membeli kunci produk, anda akan mendapat kunci produk dan fail installer di dalam pendrive berbentuk kad kredit.

Buka fail .zip atau pendrive yang mengandungi installer Mawarsoft Trade, kemudian buka folder "Mawarsoft Trade 10".

Jalankan fail "setup.exe", kemudian ikuti setiap arahan yang diberikan oleh program installer dan tunggu sehingga pemasangan selesai.

Sekiranya anda menggunakan hanya satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate perlu dipasang ke komputer yang sama. Untuk memasang Mawarsoft FlitGate anda perlu mengulang langkah dua dengan membuka folder "Mawarsot FlitGate Basic 10", kemudian jalankan fail "setup.exe" di dalamnya.

Setelah selesai memasang perisian yang dikehendaki, sila restart komputer anda. Ini bagi memastikan perisian FlitGate dijalankan. Setelah itu anda boleh mula menggunakan perisian Mawarsoft Trade.

leave a comment